Sederhana Tapi Bermakna, Suami Surprise Isteri Dengan Candle Light Dinner Di Halaman Rumah Sempena Anniversary [Video]

Family & ParentingLifestyle
5 Aug 2026 • 3:07 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali meraikan hari istimewa bersama orang tersayang, kebanyakan individu memberi kejutan dengan meraikannya di restoran mewah.

Namun berbeza dengan sorang wanita yang dikenali sebagai Siti Syazwani Abdul Ghani apabila si suami, Muhammad Badrul Nizam Zulkefli membuat kejutan candle light dinner di halaman rumah sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima pada 1 Ogos lalu.

Isteri Terkejut Nampak Ada Meja Dengan Lilin Bercahaya Depan Rumah

Momen istimewa itu dikongsikan Siti Syazwani dalam satu hantaran di Threads @syazwani_ghani baru-baru ini.

Jelasnya, dia terkejut sebaik melihat meja dilengkapi dengan lilin bercahaya berada di luar kediaman mereka.

“Sampai je rumah nampak meja dekat luar dengan lilin bercahaya, senyum sampai telinga dah kita ni. Terima kasih suami buat surprise,” tulisnya.

Perkongsian yang mendapat lebih 1.2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian warganet yang kebanyakannya memuji usaha Muhammad Badrul Nizam dalam meraikan hari istimewa mereka namun ada juga yang berseloroh malah menganggap ia sebagai upacara pemujaaan sebaik melihat imej yang dikongsikan.

View on Threads

Suami Tak Mampu Beri Kemewahan, Rai Ulang Tahun Perkahwinan Kelima Dengan Sederhana

Menurut Muhammad Badrul Nizam yang bertugas sebagai pembantu keselamatan, dia tidak mampu memberi kemewahan kepada isteri sebaliknya hanya itu yang boleh diberikan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

“Saya tak mampu nak memberinya kemewahan jadi hanya itu mampu diberikan buat isteri sebagai tanda ingatan terhadapnya sempena hari istimewa kami,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

Jelas Muhammad Badrul Nizam yang berasal dari Kampung Telok Gelam, Jitra, Kedah, dia mendapat idea untuk memberi kejutan kepada isterinya itu pada jam 5 petang hari yang sama.

Apatah lagi, keinginan membuat kejutan itu menjadi lebih kuat apabila dia mengenangkan pengorbanan Siti Syazwani yang menempuh suka duka sepanjang bergelar isteri.

“Sepanjang lima tahun kami berkahwin, saya tak pernah memberinya kejutan dan tahun lalu pun sekadar beri ucapan.

“Tapi tahun ini tergerak hati nak buat sesuatu bagi menghargainya. Lagipun, sehari sebelum hari ulang tahun perkahwinan kami, isteri berulang kali bertanya mengenai hari berkenaan (hari ulang tahun perkahwinan).

“Saya dapat rasakan dia mahukan sesuatu dan cuba ingatkan tarikh penting itu. Jadi saya cuba buat kejutan dengan sediakan hidangan ringkas buat makan malam kami seperti dalam gambar itu,” kongsinya.

Suami Harap Isteri Gembira Dengan Kejutan Sederhana

Jelas Muhammad Badrul Nizam lagi, dia berharap isterinya itu gembira dengan kejutan yang diberikan meskipun hanya berkongsi rezeki dan meraikan hari istimewa dengan kadar sederhana.

“Nampak isteri gembira selepas dapat kejutan pada malam itu dan semoga apa saya lakukan itu membahagiakannya.

“Nak ajak bercuti, jenuh kena menabung jadi saya buat apa yang termampu saja.

“Tak sangka pula akan tular dan tergelak membaca komen warganet kerana ada yang tak sangka meja berkenaan untuk makan malam kami hingga fikir ia berkait upacara pemujaan. Tapi saya suka kerana mengangkat suasana kampung,” katanya.

Image from: Sederhana Tapi Bermakna, Suami Surprise Isteri Dengan Candle Light Dinner Di Halaman Rumah Sempena Anniversary [Video]

Isteri Tak Sangka Suami Akan Buat Kejutan, Sebelum Ini Hanya Bagi Ucapan

Dalam pada itu, Siti Syazwani yang bertugas sebagai jururawat menjelaskan, dia tidak menyangka suaminya itu akan memberi kejutan.

Ini kerana jelas Siti Syazwani, Muhammad Badrul Nizam sebelum itu hanya memberi ucapan sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

“Pagi sebelum pergi kerja, saya ada ucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada suami namun dia hanya diam saja.

“Saya tak berkecil hati pun sebab tahu karakternya memang begitu tapi dalam jam 8 malam, suami minta saya hantar lokasi menerusi aplikasi WhatsApp.

“Tak fikir apa pun sehingga balik rumah dan nampak ada meja dengan lilin dan makanan di atasnya,” katanya.

View on Threads

Terharu Dengan Effort Suami Sambut Ulang Tahun Perkahwinan

Kongsi Siti Syazwani lagi, tidak kira kecil atau besar sambutan yang dilakukan, dia terharu dengan usaha suami dalam meraikan hari istimewa mereka.

“Saya tahu kemampuannya dan kerana itu tak pernah minta lebih daripadanya.

“Bagi saya, cukup bila suami beli keperluan rumah selepas dapat gaji dan tunaikan tanggungjawabnya terhadap saya juga tiga anak kami.

“Tapi malam itu, dia cuba juga membahagiakan saya dengan usahanya menghias meja serta menyediakan hidangan daging burger, dua ketul nuget, brokoli dan kobis.

“Itu pun sudah memadai dan saya ucapkan terima kasih kepada suami. Saya sangat menghargai usahanya dan semoga perkahwinan kami berbahagia sampai syurga,” ujarnya.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Terharu Lihat Lelaki Buat Persediaan Sambut Anniversary Untuk Isteri [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tenang Betul!” – Reaksi Wanita Dapat Kejutan Motosikal Daripada Suami Buat Ramai Terhibur [Video]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved