Sejuk hati lihat penampilan baharu Zahirah MacWilson

EntertainmentLifestyle
11 Aug 2026 • 6:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Sejuk hati lihat penampilan baharu Zahirah MacWilson

PETALING JAYA: Penampilan pelakon, Zahirah MacWilson yang tampil manis mengenakan hijab berwarna coklat mengundang perhatian peminat selepas berkongsi beberapa keping foto di media sosial, Selasa.

Menerusi perkongsian tersebut, Zahirah atau Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31, kelihatan anggun mengenakan hijab coklat ketika bersama suaminya, Aiman Hakim Ridza.

“Satu petang yang cerah di bulan Julai, satu petang yang cerah bersamamu (One sunny afternoon in July, one sunny afternoon with you),” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.

Penampilan terbaharu pelakon Good Boys Go To Heaven itu menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang rata-rata memuji kecantikannya ketika mengenakan hijab.

Malah, ada yang menitipkan doa agar Zahirah terus istiqamah dengan penampilan tersebut.

“Saya tumpang gembira untuk awak,” tulis pelakon, Azira Shafinaz.

“Sebelum ini sudah sedia ada cantik, ini makin bertambah cantik pula,” tulis seorang peminat.

“Sejuk hati lihat penampilan awak, semoga dipermudahkan urusan,” tulis seorang lagi pengguna media sosial.

“Masya-Allah Zahirah, seronoknya nampak awak makin cantik bila berhijab,” komen seorang warga maya.

Setakat ini, Zahirah tidak memberikan sebarang penjelasan lanjut mengenai penampilannya yang mengenakan hijab tersebut. -UTUSAN

The post Sejuk hati lihat penampilan baharu Zahirah MacWilson appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved