Zahirah MacWilson Tampil Berhijab Ketika Bercuti Di Bali, Ramai Doakan Kekal Istiqamah

11 Aug 2026 • 4:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon jelita Zahirah MacWilson mencuri perhatian ramai selepas berkongsi beberapa foto terbaharunya dengan penampilan berhijab.

Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson, 31, memuat naik foto berkenaan menerusi akaun Instagram ketika sedang menikmati percutian di Bali.

Advertisement
View this post on Instagram

Dalam perkongsian tersebut, Zahirah dilihat tampil sopan menggayakan blaus labuh bersama hijab berwarna coklat.

“Sepetang yang cerah di Julai, sepetang yang cerah bersama kamu,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Perkongsian tersebut kemudiannya menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuk rakan-rakan selebriti.

Kebanyakan mereka meluahkan rasa gembira melihat penampilan terbaharu isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza itu.

View this post on Instagram

“Masya-Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen Mira Filzah dan Hannah Delisha.

Netizen pula berpendapat pelakon drama bersiri Good Boys Go To Heaven itu kelihatan semakin cantik apabila berhijab dan berharap dia terus kekal istiqamah.

“Seronoknya tengok awak semakin cantik bila berhijab. Semoga kekal istiqamah,” komen seorang netizen.

Penampilan terbaharu Zahirah itu sekali gus mencuri perhatian ramai yang turut mendoakan perkara baik buat dirinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Zahirah MacWilson Tampil Berhijab Ketika Bercuti Di Bali, Ramai Doakan Kekal Istiqamah2026-08-11 14:39:49

"Jadi Apa Lagi? Padamlah Video Tu" - Pengacara TV Intan Suraya Minta Netizen Jangan Muat Naik Video Lama Miliknya

The post Zahirah MacWilson Tampil Berhijab Ketika Bercuti Di Bali, Ramai Doakan Kekal Istiqamah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved