Kongsi foto di Bali, Zahirah Macwilson kini berhijab?

EntertainmentLifestyle
11 Aug 2026 • 1:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kongsi foto di Bali, Zahirah Macwilson kini berhijab?

PETALING JAYA – Pelakon jelita, Zahirah Macwilson mengejutkan ramai apabila berkongsi foto terbaharunya yang mengenakan hijab.

Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 31,memuat naik beberapa foto dalam akaun Instagram ketika berlibur di Bali.

“Sepetang yang cerah di Julai, sepetang yang cerah bersama kamu,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Dalam foto tersebut, Zahirah menggayakan pakaian labuh bersama hijab berwarna coklat.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen termasuklah rakan-rakan selebriti.

Kebanyakan mereka meluahkan rasa gembira melihat imej baharu isteri kepada Aiman Hakim Ridza itu.

“Masya-Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan,” komen Mira Filzah dan Hannah Delisha.

Netizen pula berpendapat pelakon drama bersiri Good Boys Go To Heaven itu kelihatan sangat cantik apabila berhijab dan berharap dia kekal istiqamah.

“Seronoknya tengok awak semakin cantik bila berhijab. Semoga kekal istiqamah,” komen netizen.- KOSMO! ONLINE.

The post Kongsi foto di Bali, Zahirah Macwilson kini berhijab? appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved