Sekali dengan wayar internet dia ‘sapu’

LocalTechnology
3 Sep 2026 • 5:23 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sekali dengan wayar internet dia ‘sapu’

JEMPOL – Tindakan membawa sebuah lori menggunakan lori loader mengundang padah apabila kabel telekomunikasi tersangkut sehingga menyebabkan gangguan internet di sebuah kawasan perumahan di Bahau, tengah hari tadi.

Kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu berlaku apabila bahagian atas lori yang dibawa menggunakan sebuah lori loader tersangkut pada kabel telekomunikasi yang merentangi laluan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, siasatan awal mendapati kejadian membabitkan sebuah lori loader yang datang dari Mahsan bagi membawa sebuah lori ke lokasi projek di kawasan perumahan berkenaan.

Menurutnya, ketika melalui laluan tersebut, bahagian atas lori yang berada di atas loader tersangkut pada kabel telekomunikasi.

“Akibat kejadian itu, dua batang tiang telekomunikasi terjejas dan penduduk dipercayai mengalami gangguan perkhidmatan internet. Seorang awam yang berada di lokasi turut memaklumkan kepada anggota polis bahawa talian internet terputus,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

The post Sekali dengan wayar internet dia ‘sapu’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved