Pelancong El Salvador maut dirempuh kereta ketika berjalan kaki

2 Sep 2026 • 11:39 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelancong El Salvador maut dirempuh kereta ketika berjalan kaki

PASIR PUTEH – Percutian seorang pelancong dari Republik El Salvador berakhir tragedi apabila wanita itu maut dalam satu kejadian langgar lari selepas dirempuh sebuah kenderaan ketika sedang berjalan kaki di Kilometer 24.5, Jalan Persekutuan Melawi – Kuala Besut dekat sebuah hotel di sini semalam.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 9.44 malam itu, mangsa yang berusia 29 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Saari Yaacob berkata, siasatan awal mendapati, wanita itu sedang berjalan kaki di bahu jalan menghala ke Kuala Besut, Terengganu.

Katanya, ketika berada di lokasi kejadian, mangsa dipercayai dirempuh sebuah kenderaan yang masih belum dapat dikenal pasti.

“Wanita itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis di sini untuk dibedah siasat.

“Kenderaan yang merempuh mangsa masih belum dapat dikenal pasti dan usaha untuk mengesan pemandu yang terlibat sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

The post Pelancong El Salvador maut dirempuh kereta ketika berjalan kaki appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved