Bot penumpang bawa lebih muatan di Pulau Besar ditahan

3 Sep 2026 • 4:28 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bot penumpang bawa lebih muatan di Pulau Besar ditahan

MERSING – Sebuah bot penumpang ditahan selepas disyaki membawa penumpang melebihi had ditetapkan selain beroperasi dengan jumlah kru tidak mencukupi di perairan Pulau Besar di sini, semalam.

Bot berkenaan ditahan pasukan bot ronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kira-kira pukul 1 tengah hari ketika menjalankan rondaan Op Jaksa dan Op Tiris 4.0.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Zon Mersing, Leftenan Maritim Hazuan Joha berkata, bot tersebut dikesan ketika berada kira-kira 0.4 batu nautika barat laut Pulau Besar sebelum dipintas untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati bot berkenaan dikendalikan dua kru warga tempatan berusia 22 dan 35 tahun. Siasatan awal mendapati bot disyaki membawa penumpang melebihi had dibenarkan selain beroperasi tanpa bilangan kru yang mencukupi seperti ditetapkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, nakhoda, kru serta bot penumpang berkenaan kemudian ditahan dan diiring ke Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Mersing.

Kes disiasat mengikut Kaedah-Kaedah Bot 1953 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952. – KOSMO! ONLINE

The post Bot penumpang bawa lebih muatan di Pulau Besar ditahan appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved