Kecoh di media sosial apabila seorang pengguna jalan raya meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan seorang petugas pengiring yang didakwa memarahi dan menengkingnya ketika berada dalam kesesakan lalu lintas.
Menerusi perkongsian yang tular, individu tersebut mendakwa kejadian berlaku ketika orang ramai sedang pulang dari kerja dan mendakwa kenderaan pengiring kepada Menteri Besar Selangor bertindak membuka tingkap sebelum memaki kerana tidak diberikan laluan.
Dakwa tidak nampak ruang untuk beri laluan
Menurut pengguna berkenaan, keadaan trafik ketika itu sesak dan dia mendakwa tidak nampak ruang sesuai untuk mencelah kerana terdapat kenderaan di hadapan.
Dalam hantaran tersebut, individu itu turut menyuarakan rasa kecewa terhadap cara petugas pengiring berkenaan yang didakwa bersikap kasar ketika menjalankan tugas.

Isu itu kemudian mendapat perhatian ramai sehingga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tampil memberikan respon berhubung perkara tersebut.

Menerusi satu hantaran, Amirudin memaklumkan bahawa semakan telah dilakukan berhubung video yang tular itu. Beliau turut memohon maaf secara peribadi atas perlakuan tersebut.
Susulan itu, Amirudin memaklumkan teguran telah dibuat kepada petugas terlibat oleh pihak pentadbirannya bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang.
The post “Sekali Lagi Saya Mohon Maaf” – MB Selangor Tampil Minta Maaf Isu Escort Didakwa Tengking Pengguna Jalan appeared first on Oh! Media.

![MB Selangor Mohon Maaf Selepas Tular Pegawai Pengiring Maki Pengguna Jalan Raya Di Plaza Tol [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/MB-Selangor-mohon-maaf-isu-pegawai-pengiring-maki-pengguna-jalan-raya-di-plaza-tol.jpg?t=1785831148)



