MB Selangor Mohon Maaf Selepas Tular Pegawai Pengiring Maki Pengguna Jalan Raya Di Plaza Tol [Video]

LocalPolitics
4 Aug 2026 • 4:08 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

MB Selangor Mohon Maaf Selepas Tular Pegawai Pengiring Maki Pengguna Jalan Raya Di Plaza Tol [Video]

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Baru-baru ini, tular di media sosial hantaran seorang pengguna jalan raya yang mendakwa dirinya dimaki oleh pegawai pengiring Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di sebuah plaza tol.

Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian sehingga ramai yang mengecam malah turut menanda akaun Amirudin di ruangan komen.

Menteri Besar Selangor Mohon Maaf, Teguran Telah Dibuat Kepada Pegawai Terlibat

Terbaharu, Amirudin dalam satu hantaran di Threads tampil membuat permohonan maaf berhubung isu tular itu.

Jelas Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak, teguran terhadap pegawai berkenaan telahpun dibuat oleh wakil pentadbiran yang melakukan semakan berhubung insiden terbabit.

Malah, dia juga memberi jaminan bahawa perkara sebegitu tidak akan berulang pada masa hadapan.

“Berhubung isu video yang tular ini, setelah semakan dilakukan, secara peribadi saya memohon maaf atas perlakuan tersebut.

“Teguran telah dibuat ke atas petugas tersebut oleh pentadbiran saya dan akan dielakkan daripada berulang lagi di masa hadapan.

“Sekali lagi saya mohon maaf,” katanya.

View on Threads

Pegawai Pengiring Maki Pengguna Perkataan B*doh Di Plaza Tol

Sebelum ini, tular di media sosial perkongsian seorang pengguna yang mendakwa dirinya diherdik dengan perkataan ‘B*doh oleh pegawai escort Amirudin di sebuah plaza tol.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @illeanie_hazad.official, pengguna berkenaan mendakwa pegawai terbabit telah menurunkan tingkap dan mengeluarkan kata-kata kesat dipercayai tidak berpuas hati kerana mangsa tidak memberi laluan.

Sedangkan jelas pengguna terbabit, pada ketika itu keretanya berada di pondok tol Smart Tag yang sememangnya sukar untuk memberi laluan kepada VIP berkenaan.

Apatah lagi, keadaan jalan raya pada ketika itu juga sesak dek kerana pengguna lain dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.

“Sajalah nak tanya escort (pengiring) MB Selangor ini memang jenis yang tak berakal ke?

“Tadi tengah jam teruk waktu orang balik kerja, boleh pula kereta Proton X70 escort kereta MB Selangor ni turunkan tingkap, jerkah, maki b*doh sebab tak kasi laluan.

“Dia tak nampak ke dekat tol celah mana nak mencilok, depan ada kereta. Partner dia dekat depan pun tengah bukak jalan.

“Tiba-tiba kau buka tingkap maki dekat kereta aku cakap b*doh. Orang hutan mana kutip ni. Sejenis tak berakal. Macam manalah MB boleh ada orang macam ni,” tulisnya.

Pengguna Turut Kongsi Rakaman Dashcam Papar Kejadian Sebenar

Pada masa sama, pengguna berkenaan turut berkongsi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan kejadian sebenar.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan keadaan jalan sememangnya sesak malah terdapat seorang pegawai pengiring sedang cuba membuka jalan untuk dilalui oleh kumpulan berkenaan.

Malah, turut kedengaran suara seorang individu yang mengeluarkan perkataan b*doh sewaktu dia dan suaminya sedang membuat bayaran di plaza tol.

Berdasarkan pada butiran yang tertera di dashcam, insiden dipercayai berlaku pada 3 Ogos jam 4.50 petang.

Walau bagaimanapun, tiada info lanjut mengenai lokasi plaza tol berkenaan.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Bukan Setakat Beri Laluan, Escort Agong Turut Iringi Ambulans Selepas Dapat Tahu Ada Pesakit [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Kes Pukul Pemandu e-Hailing OKU: Polis Jelas Pengawal Pengiring Telah Dikenakan Tindakan Tatatertib

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved