“Sekecil ini tahu hargai persahabatan” – Netizen Sebak Lihat Perkongsian Bapa Allahyarham Fattah

Entertainment
1 Oct 2025 • 1:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang murid Tahun Tiga, Abdul Fattah Khairol Rizal, maut selepas terjatuh ke dalam tangki kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Negeri Sembilan pada 28 September lalu.

Kisah tersebut menjadi perhatian ramai dan telah menarik perhatian ramai khususnya Kementerian Pendidikan dalam meningkatkan keselamatan di sekolah.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di TikTok di mana bapa kepada arwah Abdul Fattah berkongsi beberapa gambar yang membuatkan ramai netizen tersentuh.

Dalam hantaran tersebut, bapa Allahyarham, Khairol Rizal Mustafar, 42, berkongsi Allahyarham mempunyai seorang kawan baik yang dikenali sebagai Qarnain.

image is not available

“Mereka ni berkawan baik. Meja sebelah menyebelah. Saiz badan, ketinggian hampir sama.

Pakcik tahu Qarnain rindu dengan Abdul kan? Pakcik pun sama macam Qarnain. Maaf kan pakcik ya sebab masukkan gambar Qarnain disini. Bila kita rindu nanti, kita tengok kat sini ya sayang.

Anak sekecil ini tahu nilai persahabatan yang sejati. Persahabatan yang ikhlas lahir daripada hati yang bersih dan penuh kejujuran,” tulisnya di kapsyen.

Apa yang membuatkan ramai sedih adalah gambar yang memaparkan Qarnain hampir setiap hari menziarahi kubur Allahyarham.

Dalam hantaran itu juga, bapa Allahyarham berkongsi anaknya memberikan satu pemadam kecil yang berbentuk cupcake buat kawan karibnya itu, kawannya itu kemudian meletakkan nota di pemadam tersebut yang menyatakan itu adalah pemberian terakhir arwah.

 

Sumber: TikTok

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.