Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan dan ada sebahagian masyarakat meraikannya lebih-lebih lagi apabila berada di tempat kerja kerana ingin menghargai jasa dan pengorbanan seseorang setelah mengerah segala usaha dan keringat sebelum berhijrah ke tempat baharu.
Sambut hari perpisahan pengawal keselamatan
@tsmat_ict Salam perpisahan untuk pok guard kami, Azhar yang telah 8 tahun berkhidmat di T’SMAT. Jasamu sangat kami hargai. Terima kasih atas segalanya. Semoga Allah melindungimu.#perpisahanguard
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang pengawal keselamatan atau ‘pak guard’ diraikan oleh warga Sekolah Kebangsaan Tembesu Kuala Nerus, Terengganu bersama barisan guru-guru dan seluruh pelajar sekolah itu sebelum menamatkan tempoh perkhidmatannya.
“Salam perpisahan untuk Pok Guard kami, Azhar yang telah lapan tahun berkhidmat di T’SMAT.
“Jasamu sangat kami hargai, terima kasih atas segalanya dan semoga Allah sentiasa melindungimu,” tulis SK Kompleks Tembusu di ruangan kapsyen pada Rabu.

Dalam pada itu, Azhar turut menerima beberapa hadiah seperti barangan eletrik dan cadar serta bersalaman bersama kesemua pelajar sekolah terbabit di atas pentas.
Meninjau ke ruangan komen, warganet terharu melihat keprihatinan pihak sekolah yang setiasa menjaga dan menghargai setiap kakitangannya biarpun berlainan status dan pangkat.
Malah ada juga segelintir ibu bapa memberitahu bahawa Azhar merupakan seorang pengawal yang baik dan begitu ikhlas dalam menjalankan amanah semasa bertugas tidak kira menjaga keselamatan sekolah mahupun pelajar.
Tahniah pihak sekolah

Pok guard yang sangat baik

Patut dicontohi

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima 260,000 tontonan dan meraih lebih 17,000 tanda suka.
Sumber: TikTok SK Kompleks Tembusu
The post Sekolah Raih Pujian, Sambut Hari Perpisahan ‘Pak Guard’ Bersama Guru Dan Pelajar appeared first on Borak Daily.


