Sektor pembinaan terus jana pertumbuhan utama PTT Synergy, catat hasil RM325 juta bagi FY26

LocalBusiness & Finance
28 Oct 2026 • 10:20 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Sektor pembinaan terus jana pertumbuhan utama PTT Synergy, catat hasil RM325 juta bagi FY26 Image from: Sektor pembinaan terus jana pertumbuhan utama PTT Synergy, catat hasil RM325 juta bagi FY26 amree28/10/2026 - 10:20 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 Okt — Sektor pembinaan terus menjadi nadi utama pertumbuhan PTT Synergy Group Berhad dengan menyumbang RM324.79 juta kepada hasil kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 (FY26).

 

Prestasi memberangsangkan ini menjana 98.4% daripada jumlah pendapatan keseluruhan kumpulan itu yang turut meningkat 28.6% kepada RM330.19 juta berbanding RM256.78 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

 

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, keuntungan bersih kumpulan yang boleh diagihkan kepada pemilik turut melonjak kira-kira 48.2% kepada RM80.21 juta berbanding hanya RM54.12 juta pada tahun kewangan 2025 (FY25).

 

"Peningkatan pendapatan ini turut didorong oleh faktor kecekapan pelaksanaan projek serta peningkatan aktiviti pembinaan meskipun masih lagi berdepan dengan persekitaran kos yang mencabar," jelas PTT Synergy.

 

Keuntungan sebelum cukai (PBT) merekodkan kenaikan 33.3% kepada RM78.02 juta manakala pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) meningkat kira-kira 24.4% kepada RM132.80 juta.

 

Bagaimanapun ujarnya, margin untung kasar kumpulan berkenaan menyusut daripada 20.4% kepada hanya kira-kira 14.5% berikutan kenaikan harga minyak yang meningkatkan kos bahan api untuk aktiviti pembinaan syarikat.

 

PTT Synergy_DagangNews2026

 

Dalam pada itu, bagi memperkukuh kedudukan kewangan dan modal kerja, PTT Synergy berjaya mengumpul dana sebanyak RM59.84 juta menerusi pelaksanaan penempatan saham secara persendirian.

 

"Segmen pembinaan kumpulan menutup FY26 dengan nilai perolehan kontrak belum bil mencecah sebanyak RM307.4 juta, di samping peluang tender aktif dianggarkan bernilai RM343.0 juta," katanya.

 

Jumlah aset keseluruhan kumpulan turut berkembang sebanyak 25.5% kepada RM1.90 bilion sejajar dengan langkah strategik memperluas platform infrastruktur perindustrian dan logistik pintar.

 

Transformasi perniagaan ini memfokuskan peralihan jangka panjang ke arah pendapatan berulang melalui automasi gudang, robotik, serta teknologi logistik bersepadu menerusi penawaran PTT Space dan ProTT.

 

Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 0.8 sen sesaham bagi FY26 berjumlah RM3.5 juta, namun tiada dividen akhir dicadangkan bagi mengimbangi keperluan modal pelaburan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved