Sekumpulan warga asing di Changlun, Jitra miliki dokumen sah – JIM

15 Apr 2026 • 7:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Datuk Zakaria Shaaban

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan kehadiran sekumpulan warga asing yang tular berada di sekitar Changlun dan Jitra, Kedah baru-baru ini, memiliki dokumen perjalanan sah.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, hasil semakan mendapati kesemua individu berkenaan merupakan pemegang Pas Lawatan Sosial yang sah.

"Berdasarkan semakan yang telah dibuat, individu-individu berkenaan merupakan pemegang Pas Lawatan Sosial yang sah dan telah melalui prosedur pemeriksaan imigresen yang ditetapkan di pintu masuk negara," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Zakaria berkata, dalam masa sama, JIM melaksanakan pemantauan serta penguatkuasaan secara berterusan di dalam negara bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen sentiasa terpelihara.

"JIM turut mengambil perhatian terhadap kebimbangan yang dibangkitkan oleh penduduk setempat.

"Sehubungan itu, pemantauan lanjut akan terus dipertingkatkan dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan imigresen," katanya.

Zakaria berkata, orang ramai disaran untuk mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi serta menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa bagi membolehkan tindakan yang tepat dan berkesan dapat dilaksanakan

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved