
Sekurang-Kurangnya 20 Dilapor Terkorban Susulan Gempa Bumi Kuat Di Colombia
Sekurang-kurangnya 20 orang dilaporkan terkorban, menurut Datuk Bandar Pereira, Mauricio Salazar, lapor BBC News.
Ia selepas gempa bumi kuat 7.4 mangnitud di bahagian barat Colombia, hingga menyebabkan kerosakan besar.
Gempa bermagnitud itu berlaku pada Isnin, pukul 7.34 pagi waktu tempatan (12.34 tengah hari GMT) pada kedalaman 82 kilometer, menurut Perkhidmatan Geologi Colombia.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak di San José del Palmar, dalam wilayah Chocó.
Gegaran turut dirasai sejauh Panama di utara, manakala beberapa bangunan di Bogotá dikosongkan sebagai langkah berjaga-jaga.





