'Sekurang-kurangnya saya jual ikan milik sendiri, bukan guna duit rakyat' - Akmal Saleh

LocalPolitics
24 Oct 2026 • 10:22 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Sekurang-kurangnya saya jual ikan milik sendiri, bukan guna duit rakyat' - Akmal Saleh
Akmal Saleh

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menempelak Ahli Parlimen Hulu Langat berhubung kenyataan memperlekehkan beliau menjual ikan.

Muhamad Akmal berkata, sekurang-kurangnya beliau bukan seperti pemimpin DAP yang meminta sumbangan rakyat untuk bayar saman.

"Nak memperlekehkan orang jual ikan ikut kamu lah wahai Sany. Sekurangnya saya jual ikan milik saya dan guna duit saya sendiri tanpa satu sen duit rakyat saya gunakan.

"Kawan-kawan DAP kamu minta sumbangan, kamu diam membisu," ujarnya menerusi hantaran Facebook pada Sabtu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan, menyindir seorang Ketua Pemuda parti politik yang pernah melaungkan slogan mempertahankan Melayu, Islam dan institusi diraja, tetapi menurutnya kini memperlihatkan percanggahan pendirian dalam isu membabitkan institusi diraja Negeri Sembilan.

Sindiran itu dilontarkan ketika beliau membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, dengan mempersoalkan sikap pihak yang menggunakan sentimen bangsa, agama dan raja untuk meraih sokongan politik.

Katanya, ada satu ketua pemuda yang sekarang jual ikan beritahu 'jangan ganggu raja, agama dan bangsa kami'.

Tambah Muhamad Akmal, malah ada yang jual seluar dalam untuk kutipan dana.

"Itu pun kamu tidak perlekehkan pula.

"Lupa, abang besar jangan disentuh," katanya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved