“Selagi Allah Mengizinkan, Genggam Erat Tangan Kita…” – Wan Emir Titip Ucapan Romantik Buat Mira Filzah

Family & Parenting
4 Sep 2026 • 4:47 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Suami kepada pelakon Mira Filzah, Wan Emir Astar menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.

Menerusi hantaran di Instagram, Wan Emir meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang memahami dan sentiasa berada di sisinya dalam apa jua keadaan.

Advertisement
View this post on Instagram

“Enam tahun sudah, kekasihku. Semakinku mengerti, cinta itu tidak selalunya banyak bicara. Ada masa cukup dengan satu pandangan, satu genggaman, atau sekadar berada di sisi.

“Tanpa sepatah kata, ku tahu bila dirimu sedang lelah, bila hati sedang berat, dan bila diperlukan, hanyalah untuk tetap ada. Yang sama dari mu buat diriku. Nur Amirah kekasihku, mungkin itulah keindahan bahasa cinta kita.”

Dalam hantaran sama, Wan Emir berkata mereka ditemukan dengan segala kekurangan dan kelebihan masing-masing sebelum belajar untuk saling melengkapi.

“Pencipta kita menemukan dua jiwa dengan segala kurang dan lebihnya, lalu mengajar kita untuk saling melengkapi. Di mana diri ini kurang, kau mengisi.”

Menurut Wan Emir, mereka akan terus berusaha menjadi tempat bergantung antara satu sama lain sepanjang mengharungi kehidupan sebagai suami isteri.

Tambahnya, enam tahun perjalanan bersama dipenuhi pelbagai cerita, namun dia bersyukur kerana Allah sentiasa memayungi keluarga mereka dengan rahmat dan reda-Nya.

View this post on Instagram

“Enam tahun ini, alhamdulillah dalam segala ceritanya, Dia (Allah) sentiasa memayungi kita dengan rahmat dan redha-Nya. Doaku semoga Allah terus membimbing langkah kita, menjaga hati kita, memberkati keluarga kita.”

Mengakhiri ucapan tersebut, Wan Emir turut menitipkan doa agar hubungan mereka terus kekal sehingga ke syurga.

Untuk rekod, Mira dan Wan Emir disatukan sebagai suami isteri pada 3 September 2020.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Wan Khair Amir.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

niezam zaidi2026-09-04 15:52:20

Kontroversi Isu 'Cadar', Pelakon Niezam Zaidi Pertimbang Tindakan Undang-Undang - "Demi Allah..."

The post “Selagi Allah Mengizinkan, Genggam Erat Tangan Kita…” – Wan Emir Titip Ucapan Romantik Buat Mira Filzah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved