“Selalu nampak dengan anjing dia” – Buat ‘Onar’ Di Tengah Jalan Raya, Minah Salleh Ditahan Orang Awam

Entertainment
11 Oct 2024 • 4:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bila bercakap mengenai keselamatan jalan raya, bukan pemandu sahaja yang perlu mematuhi penggunaan jalan raya, pejalan kaki pun mesti kena mengikut peraturan.

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video memaparkan situasi tegang yang berlaku di sekitar Setia Alam, Shah Alam.

Menerusi video yang dikongsikan, memaparkan seorang wanita warga asing dilihat dalam keadaan terbaring dengan tangannya diikat dipercayai untuk mengelakkan dia daripada melarikan diri.

Dalam video itu, turut kelihatan beberapa orang awam dan sepasukan anggota polis berada di lokasi kejadian.

image is not available

Minah salleh halang lalu lintas

Melalui maklumat daripada orang awam, wanita terbabit dilaporkan telah membuat kecoh dan mengganggu ketenteraman orang awam dengan berdiri di tengah-tengah jalan raya.

Menerusi video yang berasingan, wanita berkenaan dilihat seolah-olah sengaja berdiri dan berhenti di hadapan kereta jenis Perodua Myvi sekaligus menghalang laluan pemandu berkenaan. Wanita itu juga didakwa menendang orang awam di sana.

Meninjau ke ruangan komen, ramai juga berkata bahawa wanita berkenaan sering berada di kawasan Setia Alam.

Beberapa individu yang kerap menggunakan jalan tersebut mendakwa wanita berkenaan sering melakukan perbuatan sama.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Dalam pada itu, netizen turut mengecam tindakan wanita terbabit kerana perbuatannya telah membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian terbabit.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.