Selangor antara negeri pengeksport utama, sumbang 14.7 peratus eksport Malaysia – DOSM

LocalBusiness & Finance
28 Aug 2026 • 3:58 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor antara negeri pengeksport utama, sumbang 14.7 peratus eksport Malaysia – DOSM

KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Pulau Pinang, Johor dan Selangor menyumbang 79.4 peratus daripada jumlah perdagangan Malaysia pada Julai 2026, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam Statistik Eksport dan Import Mengikut Negeri Julai 2026 yang dikeluarkan hari ini, DOSM menyatakan jumlah perdagangan Malaysia pada Julai 2026 berjumlah RM364.7 bilion dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM193.6 bilion dan RM171.1 bilion

Pulau Pinang kekal sebagai negeri pengeksport utama, menyumbang 48.4 peratus daripada jumlah eksport Malaysia diikuti Johor (19.1 peratus), Selangor (14.7 peratus), Sarawak (5.2 peratus) dan Kuala Lumpur (2.9 peratus).

"Pulau Pinang juga mencatatkan sebahagian besar import Malaysia iaitu 30.0 peratus diikuti oleh Selangor (23.4 peratus), Johor (22.9 peratus), Kuala Lumpur (9.6 peratus) dan Kedah (3.9 peratus)," jelasnya.

Menurut DOSM, eksport Malaysia pada Julai 2026 naik RM53.5 bilion (+38.2 peratus) berbanding Julai 2025.

Peningkatan ini terutamanya disumbangkan oleh eksport lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM40.4 bilion), Johor (+RM10.1 bilion) dan Selangor (+RM3.7 bilion).

Diikuti oleh Sarawak (+RM1.6 bilion), Perak (+RM511.9 juta), Kedah (+RM511.0 juta), Kuala Lumpur (+RM507.0 juta), Kelantan (+RM153.7 juta) dan Negeri Sembilan (+RM35.0 juta), jelasnya.

Namun begitu, DOSM memberitahu, eksport menurun di Perlis (-RM31.1 juta), Melaka (-RM156.9 juta), Terengganu (-RM208.8 juta), Labuan (-RM405.1 juta), Pahang (-RM1.0 bilion) dan Sabah (-RM1.9 bilion).

Sementara itu, import Malaysia pada Julai 2026 berkembang RM45.7 bilion (+36.4 peratus) berbanding Julai 2025.

"Peningkatan ini terutamanya disumbangkan oleh import lebih tinggi di Pulau Pinang (+RM21.8 bilion), Selangor (+RM7.8 bilion), Kuala Lumpur (+RM7.3 bilion) dan Johor (+RM7.3 bilion) diikuti Kedah (+RM1.5 bilion), Sarawak (+RM810.2 juta), Pahang (+RM789.5 juta), Negeri Sembilan (+RM594.3 juta), Sabah (+RM268.5 juta), Perak (+RM180.3 juta) dan Labuan (+RM145.6 juta)," jelasnya.

Namun begitu, import menurun di Terengganu (-RM4.0 juta), Kelantan (-RM24.7 juta), Perlis (-RM43.9 juta) dan Melaka (-RM1.3 bilion), menurut jabatan itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved