Kadar kelahiran di Malaysia susut 6.1 peratus pada suku kedua

Business & Finance
13 Aug 2026 • 4:52 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kadar kelahiran di Malaysia susut 6.1 peratus pada suku kedua

PETALING JAYA: Sebanyak 90,726 kelahiran direkodkan pada suku kedua 2026, menurun 6.1 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan (DOSM).

Ini melibatkan kelahiran 46,953 bayi lelaki dan 43,773 bayi perempuan manakala nisbah jantina ketika lahir ialah 107 lelaki bagi setiap 100 perempuan. 

DOSM berkata, Selangor merekodkan bilangan kelahiran hidup tertinggi dengan 16,828 kelahiran (18.5 peratus) manakala, kelahiran hidup terendah direkodkan di Wilayah Persekutuan Labuan dengan 305 kelahiran (0.3 peratus). 

“Ibu berumur 30 hingga 39 tahun mencatatkan kelahiran hidup tertinggi dengan 47,693 kelahiran (52.6 peratus) diikuti ibu berumur 20 hingga 29 tahun (39.7 peratus) 40 tahun dan lebih (5.9 peratus) dan ibu berumur kurang daripada 20 tahun (1.8 peratus). 

“Dari segi etnik, Melayu menyumbang 67.3 peratus (61,117 kelahiran) daripada jumlah kelahiran hidup pada suku kedua 2026 berbanding suku kedua 2025 sebanyak 64,925 kelahiran, 67.1 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, komposisi etnik Cina dan India masing-masing menunjukkan penurunan daripada 8.7 peratus dan 4.3 peratus pada suku kedua 2025 kepada 7.5 peratus dan 3.8 peratus pada suku kedua 2026. 

“Kelahiran hidup bagi bumiputera lain meningkat kepada 14.3 peratus berbanding 12.8 peratus pada tempoh yang sama. 

“Bumiputera Sabah menyumbang 59.6 peratus daripada bumiputera lain yang terdiri daripada Kadazan/ Dusun (35.2 peratus), Bajau (30.5 peratus), Murut (6.7 peratus) dan Bumiputera Sabah lain (27.6 peratus),” katanya. 

Dalam pada itu, Bumiputera Sarawak merekodkan 33.6 peratus yang terdiri daripada Iban (57.8 peratus), Bidayuh (16.3 peratus), Melanau (12.9 peratus) dan Bumiputera Sarawak lain (13.0 peratus). 

DOSM turut melaporkan, sebanyak 49,827 kematian telah direkodkan pada suku kedua 2026, meningkat 0.6 peratus berbanding suku sama tahun lalu (49,552 kematian). 

“Bilangan kematian bagi lelaki adalah 28,390 manakala, 21,437 kematian bagi perempuan. Nisbah jantina kematian ialah 132 lelaki bagi setiap 100 perempuan. 

“Selangor merekodkan bilangan kematian tertinggi dengan 7,924 kematian (15.9 peratus) manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan bilangan kematian terendah dengan 81 kematian (0.2 peratus). 

“Penduduk berumur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan kematian tertinggi dengan 35,525 kematian (71.3 peratus),  diikuti 41 hingga 59 tahun (19.9 peratus), 15 hingga 40 tahun (6.9 peratus) dan 0 hingga 14 tahun (1.9 peratus),” katanya. 

DOSM berkata, melayu menyumbang 52.4 peratus (26,098 kematian) daripada jumlah kematian suku kedua 2026 jaitu 26,171 kematian iaitu 52.8 peratus. 

Pada masa sama, komposisi bumiputera lain dan etnik Cina masing-masing meningkat daripada 10.6 peratus dan 25.6 peratus pada suku kedua 2025 kepada 10.9 peratus dan 26.2 peratus pada suku kedua 2026. 

Sementara itu, etnik India menunjukkan penurunan daripada 8.2 peratus kepada 7.8 peratus bagi tempoh yang sama. 

Bumiputera Sabah menyumbang 50.4 peratus daripada Bumiputera Lain yang terdiri daripada Kadazan/Dusun (38.5 peratus), Bajau (27.9 peratus), Murut (5.2 peratus) dan Bumiputera Sabah lain (28.4 peratus). 

Bumiputera Sarawak pula merekodkan 43.2 peratus yang terdiri daripada Iban (62.2 peratus), Bidayuh (16.9 peratus), Melanau (10.9 peratus) dan Bumiputera Sarawak lain (10.0 peratus).  – UTUSAN

The post Kadar kelahiran di Malaysia susut 6.1 peratus pada suku kedua appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved