Selangor kekal negeri paling ramai dikunjungi lima tahun berturut-turut

LocalTravel
10 Aug 2026 • 11:15 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor kekal negeri paling ramai dikunjungi lima tahun berturut-turut

SHAH ALAM, 10 OGOS: Selangor mengekalkan status negeri paling ramai dikunjungi di Malaysia selama lima tahun berturut-turut sejak 2021, dengan 36.4 juta pelawat domestik direkodkan pada 2025.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pencapaian itu mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pilihan pelancong serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Beliau turut menegaskan kejayaan Selangor hari ini hasil komitmen berterusan seluruh ekosistem pelancongan yang berganding bahu membangunkan industri tersebut.

“Pada 2025, Selangor merekodkan 36.4 juta pelawat domestik, peningkatan sebanyak 5.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Image from: Selangor kekal negeri paling ramai dikunjungi lima tahun berturut-turut
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap sempena Anugerah Pelancongan Negeri Selangor 2026 di Sunway Resort Hotel, Subang Jaya, pada 8 Ogos 2026. Foto Tourism Selangor

"Pencapaian ini mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai destinasi pilihan pelancong serta menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan kekuatan fiskal,” katanya dalam kenyataan pada 8 Ogos.

Beliau berucap demikian sempena Anugerah Pelancongan Negeri Selangor 2026 di Sunway Resort Hotel, Subang Jaya, bagi mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan pemain industri.

Sebanyak 26 kategori anugerah diperkenal antaranya Best Integrated Resort & Theme Park Destination, International Tourism Partnership Award dan Selangor Cruise Tourism Excellence Award.

Anugerah tersebut bagi menghargai individu dan organisasi yang menunjukkan prestasi cemerlang, impak signifikan dan komitmen berterusan dalam memajukan industri pelancongan Selangor.

Dalam pada itu, Amirudin turut menekankan prestasi pelancongan yang memberangsangkan berjalan seiring kekuatan ekonomi negeri yang terus menjadi peneraju ekonomi negara.

Menurutnya, Selangor kekal sebagai penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM460.1 bilion, mewakili 26.5 peratus daripada keseluruhan ekonomi Malaysia.

Image from: Selangor kekal negeri paling ramai dikunjungi lima tahun berturut-turut
Kerajaan Selangor komited memperkukuh ekonomi negeri menerusi pelaburan berkualiti tinggi dan penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan. Gambar hiasan AI

"Kejayaan ini mencerminkan kekuatan ekonomi negeri, keyakinan pelabur serta keberkesanan dasar pembangunan yang dilaksanakan secara mampan dan inklusif,” katanya lagi.

Kejayaan Tahun Melawat Selangor 2025 menjadi asas kukuh kepada pelaksanaan Tahun Melawat Selangor 2026, dengan sasaran menarik sembilan juta pelancong ke negeri itu.

Bagi menyokong aspirasi tersebut, Tourism Selangor terus mempergiatkan promosi menerusi kempen Surprising Selangor, Selangor Kan Ada! dan Liburan Sehat Ya di Selangor Aja!

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved