Selangor pacu industri cip tempatan menerusi dana pelaburan RM150 juta

LocalBusiness & Finance
13 Nov 2026 • 4:48 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor pacu industri cip tempatan menerusi dana pelaburan RM150 juta

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri berhasrat mengubah strategi penerokaan peluang ekonomi dengan meningkatkan daya saing syarikat tempatan, selaras matlamat 'Made by Selangor'.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari hasrat itu dimulakan dengan penubuhan Dana Semikonduktor Ehsan melalui usahasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec).

“Bagi meluaskan misi ini ke peringkat nasional, kerajaan Persekutuan bersetuju menubuhkan National Strategic Investment Fund dengan komitmen keseluruhan RM150 juta untuk dilaburkan dalam syarikat tempatan.

“Sebanyak RM50 juta adalah daripada Kerajaan Negeri, RM50 juta daripada kerajaan Persekutuan melalui Khazanah Nasional dan RM50 juta daripada kerajaan Pulau Pinang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 dengan tema 'Negeri Progresif, Institusi Dijunjung, Rakyat Disantuni' di Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Image from: Selangor pacu industri cip tempatan menerusi dana pelaburan RM150 juta
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari membentangkan Belanjawan Selangor 2027 di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 13 November 2026. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Amirudin menambah, inisiatif ini mampu menjadi pemangkin kepada syarikat pemula industri semikonduktor untuk berkembang serta menjamin harta intelek reka bentuk litar bersepadu.

Menurutnya, usaha tersebut juga berupaya membantu mengkomersialkan dan menghasilkan cip litar bersepadu melalui kekuatan tempatan.

“Sejak 2023, Kerajaan Negeri telah beralih komitmen daripada hanya meneroka peluang pekerjaan asas kepada penerokaan industri baharu yang mampu menawarkan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat.

“Kita juga tidak mahu rakyat Selangor dan syarikat tempatan terlalu bergantung harap kepada teknologi milik pelabur atau syarikat luar negara,” katanya.

Pada 2025, Kerajaan Selangor melalui Sidec serta PNSB bekerjasama dengan Artem Venture Fund bagi menubuhkan Dana Semikonduktor Selangor atau Ehsan Capital dalam usaha memperkukuh pembangunan industri semikonduktor.

Amirudin dilapor berkata, Ehsan Capital yang menyasarkan saiz dana melebihi RM100 juta beroperasi dengan pelaburan kepada sekurang-kurangnya tujuh syarikat pemula niaga berpotensi tinggi dalam bidang reka bentuk dan teknologi semikonduktor tempatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved