Selangor Red Giants sasar podium MSC x EWC di Perancis

GamingSports
22 Jul 2026 • 12:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor Red Giants sasar podium MSC x EWC di Perancis

KUALA LUMPUR, 22 JULAI: Pasukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Malaysia, Selangor Red Giants (SRG) menyasarkan kedudukan podium pada kejohanan Mid Season Cup (MSC) x Esports World Cup (EWC) yang bermula hari ini di Paris Expo Porte de Versailles, Perancis.

Penolong jurulatih SRG Poon “OzoraVeki” Kok Sing berkata pemain komited untuk mengharungi setiap perlawanan tanpa memandang rendah terhadap mana-mana lawan pada kejohanan itu.

“Kami sememangnya menyasarkan kedudukan podium. Tetapi seperti biasa, kami sentiasa mengingatkan antara satu sama lain untuk fokus dan menghormati setiap lawan dan bukan sekadar melihat kepada matlamat akhir.

“Sepanjang kejohanan ini, kami akan fokus kepada perlawanan satu demi satu,” katanya baru-baru ini.

OzoraVeki berkata walaupun mereka berhadapan jangkaan tinggi peminat Malaysia, SRG tidak membuat sebarang perubahan ketara dalam persiapan, sama seperti dilakukan pada kejohanan antarabangsa disertai sebelum ini.

“Saya boleh katakan tidak ada banyak perbezaan. Kami masih komited untuk bekerja keras dan melakukan yang terbaik semasa latihan. Kami sentiasa fokus, jadi itu sebahagian daripada jadual (persiapan) kami,” katanya.

Selain itu, OzoraVeki berkata mereka melihat sokongan padu peminat Malaysia sebagai sumber motivasi dan tidak menjadikannya sebagai tekanan kepada pasukan.

“Mendapat sokongan peminat adalah satu penghargaan. Kami sememangnya mahu melakukan yang terbaik supaya dapat membanggakan mereka.

“Sokongan itu akan terus mendorong kami untuk berjuang dalam kejohanan. Saya bersyukur dan sangat menghargainya,” katanya.

SRG mempunyai rekod cemerlang di MSC x EWC termasuk memenangi gelaran itu pada 2024 dan naib juara pada edisi 2025.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved