Selangor sasar 60 peratus pengguna pengangkutan awam, peruntuk RM24 juta

LocalPolitics
13 Nov 2026 • 4:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor sasar 60 peratus pengguna pengangkutan awam, peruntuk RM24 juta

SHAH ALAM, 13 NOV: Ekosistem pengangkutan awam akan terus diperkasa tahun depan bagi menyokong hasrat meningkatkan kadar penggunaan kemudahan terbabit kepada 60 peratus berbanding 40 peratus ketika ini.

Justeru, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM24 juta diperuntukkan demi memastikan sistem ‘first mile’ dan ‘last mile’ lebih tersusun serta sempurna.

“Sebagai Kerajaan Negeri, kita memahami bahawa sistem pengangkutan awam secara rasminya berada di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan seperti yang termaktub dalam Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

“Waima demikian, sebagai negeri yang mempunyai hampir 7.5 juta penduduk, kita bertanggungjawab untuk bertindak proaktif dan melengkapi usaha di peringkat Persekutuan dalam membangun ekosistem pengangkutan awam yang mesra rakyat,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor 2027 hari ini.

Menerusi agenda pembangunan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) yang dibentangkan pada Ogos lalu, Kerajaan Negeri memberi tumpuan kepada pembentukan sistem pengangkutan awam yang lebih bersepadu dan mesra pengguna.

Antara perancangan termasuk pembangunan Jajaran Rel Selangor yang menghubungkan kawasan di pantai barat dengan Lembah Klang menerusi sistem rel sepenuhnya atau gabungan rel dan bas rapid transit (BRT).

Menurut Amirudin, Kerajaan Negeri turut memberi tumpuan kepada kemudahan yang menghubungkan pengguna dengan rangkaian pengangkutan awam sedia ada termasuk mewujudkan 'walkable cities', dengan membina laluan pejalan kaki berbumbung dalam lingkungan 500 meter dari setiap stesen tren.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved