Selangor teliti keperluan PRK jika ada kekosongan kerusi DUN – Amirudin Shari

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 10:08 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan Selangor sedang meneliti sama ada terdapat keperluan dari sudut perundangan untuk mengadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) susulan dakwaan yang membabitkan kelayakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Image from: Selangor teliti keperluan PRK jika ada kekosongan kerusi DUN – Amirudin Shari

Memetik laporan Free Malaysia Today, Menteri Besarnya,  Datuk Seri Amirudin Shari berkata, semakan sedang dilakukan bersama penasihat undang-undangnya bagi mengesahkan dakwaan berkenaan sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Kita ada menerima sedikit maklumat tersebut. Saya sedang menyemak dengan penasihat undang-undang.
“Kita kena membuat verifikasi terhadap dakwaan-dakwaan tersebut atau ada dakwaan terhadap keguguran atau kehilangan kelayakan seseorang Ahli Dewan Negeri,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, beliau menjelakan, sekiranya hasil semakan mendapati terdapat keperluan untuk mengadakan PRK mengikut peruntukan undang-undang, kerajaan negeri akan memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya sedang menyemak dengan LA dan apa keperluannya. Kalau ada keperluan untuk kita memaklumkan kepada SPR, kita akan maklum,” ucapnya.

Artikel lain: Mahu tindakan segera, MB Selangor arah roboh kampung haram warga asing di Setia Alam

Amirudin turut memaklumkan bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan ketika persidangan DUN yang akan berlangsung pada 3 Ogos ini.

“Kemungkinan Speaker akan memaklumkan dalam sesi dewan kita pada 3 Ogos nanti kerana kita ada sesi dewan,” tambahnya lagi.

Sumber: Free Malaysia Today (Mohamad Fadli)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved