Speaker DUN Selangor dijangka buat pengesahan isu status seorang ADUN Isnin ini - Amirudin

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 9:18 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Speaker DUN Selangor dijangka buat pengesahan isu status seorang ADUN Isnin ini - Amirudin
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ketika, ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang pada malam Khamis.

KUALA PILAH - Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka membuat pengesahan berhubung dakwaan membabitkan status seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Isnin ini, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata, perkara itu kini sedang diteliti bersama penasihat undang-undang negeri bagi menentukan tindakan yang perlu diambil sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kita dapat sedikit maklumat tersebut. Saya sedang menyemak dengan penasihat undang-undang dan kemungkinan Speaker akan memaklumkan dalam sesi DUN kita pada 3 Ogos nanti.

"Kita ada sesi dewan sebab kita kena membuat verifikasi terhadap dakwaan-dakwaan tersebut ataupun ada dakwaan hilang kelayakan seorang ADUN di Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Kuala Pilah Berselawat dan Munajat Perdana Negeri Sembilan di Dataran Melang, di sini malam tadi.

Sebelum ini, timbul dakwaan bahawa Selangor mungkin berdepan pilihan raya kecil (PRK) susulan isu hilang kelayakan membabitkan status seorang ADUN yang didakwa boleh menyebabkan kekosongan kerusi.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved