Selangor teliti model guru KAFA kendali dua sesi, gaji lebih tinggi

LocalPolitics
3 Sep 2026 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Selangor teliti model guru KAFA kendali dua sesi, gaji lebih tinggi

PETALING JAYA, 3 SEPTEMBER: Kerajaan Negeri sedang meneliti model baharu yang membolehkan seorang guru mengendalikan sesi pagi dan petang di sekolah agama bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kadar gaji lebih tinggi.

EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata pendekatan itu membolehkan peruntukan bagi dua tenaga pengajar disalurkan kepada seorang guru yang mengendalikan kedua-dua sesi.

“Kalau dua guru contohnya, satu guru RM1,500 pagi, seorang lagi guru RM1,500 petang. Tapi kalau diwujudkan satu guru sahaja untuk kedua-dua itu, kita boleh bayar guru tersebut RM3,000 sebenarnya, sebagai contoh.

“Jadi kaedah itu pun sedang kita teliti, cuma ia akan terhad kepada sekolah-sekolah yang ada dua sesi,” katanya kepada media selepas merasmikan Pusat TEDUH @ MBPJ di SS2 di sini, hari ini.

Image from: Selangor teliti model guru KAFA kendali dua sesi, gaji lebih tinggi
EXCO Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah menandatangani plak perasmian di hadapan tempat rehat bagi penunggang e -hailing ketika majlis Perasmian TEDUH@MBPJ di Taman Bandar SS2, Petaling Jaya pada 3 September 2026. Foto HAFIZ OTHMAN

Beliau berkata cadangan berkenaan belum dimuktamadkan dan akan diperhalusi menerusi program rintis di sekolah agama bawah JAIS yang mempunyai dua sesi persekolahan.

Menurutnya, program rintis itu akan digunakan untuk menilai kesesuaian pendekatan berkenaan sebelum sebarang keputusan pelaksanaan dibuat.

“Kita sedang teliti di bawah satu program rintis. Nanti kita akan umumkan kalau sesuai,” katanya.

Sebelum ini, Kerajaan Negeri turut mengemukakan kertas cadangan untuk menaikkan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) daripada RM1,500 kepada RM1,700 selepas mengambil kira peningkatan kos sara hidup semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved