Selangor tertinggi kutipan PRM RM42.6juta

30 Oct 2026 • 2:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Selangor tertinggi kutipan PRM RM42.6juta

SHAH ALAM – Program Repatriasi Migran (PRM) di Selangor merekodkan kutipan sebanyak RM42.6 juta bagi tempoh Mei 2025 hingga 30 September lalu.

Pemangku Pengarah Imigresen Selangor, Mohmad Khusairi Kamarudin berkata, jumlah itu merangkumi kutipan Pas Khas sebanyak RM1.68 juta manakala kompaun berjumlah RM40.9 juta.

Menurutnya, sebanyak 83,787 permohonan diterima sepanjang tempoh berkenaan termasuk membabitkan kanak-kanak warga asing.

“Jumlah itu menjadikan Selangor negeri yang merekodkan permohonan PRM tertinggi di negara ini.

“Antara pemohon terdiri daripada warga asing yang telah tinggal lebih masa sehingga setahun dan program ini memberi peluang kepada mereka untuk pulang ke negara asal secara sah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, empat pejabat imigresen utama di Selangor iaitu Shah Alam, Kelana Jaya, Pelabuhan Klang dan Kajang kini menerima kehadiran pemohon yang agak tinggi bagi menyertai program tersebut.

Sehubungan itu, pihaknya menggalakkan warga asing yang berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan sah supaya tampil memanfaatkan peluang berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Mohmad Khusairi berharap orang ramai termasuk pempengaruh media sosial tampil menyalurkan maklumat serta aduan berhubung kebanjiran warga asing kepada Jabatan Imigresen.

Katanya, pihaknya turut mempunyai pasukan media sosial yang bertanggungjawab memantau maklumat berkaitan aktiviti warga asing di negara ini.

“Kebanyakan lokasi yang pernah diserbu sebelum ini didapati kembali beroperasi dan kita memerlukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Selangor tertinggi kutipan PRM RM42.6juta appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved