Google Mungkin Sedang Membangunkan Cip Tensor Untuk Pixel Watch

TechnologyDigital
29 Oct 2024 • 10:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google sehingga hari ini telah mempunyai tiga jam tangan pintar sendiri yang bukan Fitbit, iaitu keluarga Pixel Watch. Generasi pertama menggunakan cip Exynos kemudian generasi kedua dan yang terbaru Pixel Watch 3 menggunakan cip Qualcomm. Akan datang, Google mungkin turut akan menggunakan cip Tensor untuk jam tangan pintar mereka.

image is not available

Google dikatakan mungkin akan mula menggunakan cip Tensor pada tahun 2026 untuk Pixel Watch 5. Konfigurasi cip dikatakan akan mengandungi teras 1x Arm Cortex-A78 dan 2x Arm Cortex-A55 yang boleh dikatakan sudah ketinggalan. Namun ini tidak menghalang Qualcomm hadir dengan cip efisien yang berkuasa Snapdragon W5+, di mana ia menggunakan konfigurasi lebih lama iaitu Cortex-A53. Google mungkin akan menggunakan rekaan 3nm yang selari dengan cip Tensor baharu untuk telefon Pixel akan datang yang dihasilkan oleh TSMC.

Menggunakan cip tersendiri pada jam bermakna Google akan mempunyai lebih kebebasan dari segi memberi kemas kini perisian, menambah ciri dan fungsi baharu dan menjanjikan ketahanan lebih lama kerana semuanya dikawal oleh mereka sendiri. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.