
Seleweng RM230 Juta: SPRM Sahkan Dana Sumbangan Awam, Bukan Zakat
KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan kes penyelewengan berjumlah kira-kira RM230 juta melibatkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tidak membabitkan sumber dana zakat sebaliknya hasil sumbangan orang awam.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata siasatan terkini mendapati NGO terbabit menerima dana sumbangan daripada pelbagai pihak dan sumber termasuklah komisen yang diperoleh daripada kutipan tertentu untuk disalurkan kepada golongan yang memerlukan.
Tak Terfikir, Rupanya Ada Projek Selamatkan Makanan Harimau Malaya
Fenomena "Office Wife-Husband", Mufti Perak Jelaskan Garis Panduan Pergaulan Semasa Bekerja
Ramai Gen Z Tak Lagi Suka “Solo Travel”, Rupanya Ini Pilihan Mereka
58 MRSM Bakal Terima Warden Dalam Kalangan Bekas Anggota Beruniform Tahun Hadapan
'Biawak' Ada Paruh Burung Nuri, Macam Mustahil Tapi Haiwan Ini Pernah Wujud
“Bagaimanapun dana ini tidak sampai ke tujuan yang sepatutnya, sebaliknya ada dalam kalangan mereka yang tidak bertanggungjawab menyeleweng dana-dana ini untuk kepentingan peribadi termasuk membeli aset-aset mewah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Azam berkata pihaknya sedang memperluas skop siasatan bagi memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam setiap proses semakan serta siasatan yang dijalankan selaras dengan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik.
Terdahulu, dua lelaki berusia lingkungan 50-an dan 60-an termasuk seorang timbalan pengerusi sebuah NGO direman empat hari hingga 25 April ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Perintah reman terhadap kedua-dua individu tersebut dikeluarkan oleh Majistret Ameera Mastura Khamis selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Shah Alam, pagi tadi.
Semalam, kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki menyeleweng dana NGO yang berjumlah kira-kira RM230 juta.






