Polis kesan pemandu treler gilis penunggang motosikal

21 Sep 2026 • 11:39 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis kesan pemandu treler gilis penunggang motosikal

IPOH: Polis sedang mengesan pemandu treler bagi membantu siasatan kes kemalangan maut dipercayai langgar lari membabitkan seorang penunggang motosikal di Kilometer 263.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan selepas Terowong Menora, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu membabitkan motosikal Yamaha NVX dan sebuah treler yang tidak dikenal pasti jenis serta nombor pendaftarannya.

Menurutnya, penunggang motosikal berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa dipercayai digilis treler di bahagian kepala dan maut akibat kecederaan parah.

“Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Ipoh di talian 05-2451500. – UTUSAN

The post Polis kesan pemandu treler gilis penunggang motosikal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved