KUCHING - Sembilan kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan setakat jam 8 pagi ini, berbanding 11 kawasan pagi Selasa.
Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Serian (194), Kuching (172), Samarahan (170), Sarikei (161), Bintulu (157), Sri Aman (157), Samalaju (152), Sibu (151) dan Miri (133).
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Bernama






