Sembilan kereta, tiga motosikal musnah dalam kebakaran bengkel

20 Mar 2024 • 9:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KANGAR: Sebuah bengkel kenderaan di Kampung Guru di sini musnah dalam kebakaran selepas belukar berhampiran terbakar lalu merebak ke premis itu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis Penguasa Kanan Bomba I Mohd Zaidi Ma’at berkata sembilan kereta dan tiga motosikal yang berada di bengkel itu turut dijilat api.

Beliau berkata bomba menerima panggilan berkaitan kebakaran itu pada 1.56 tengah hari sebelum lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kangar tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian.

“Setibanya di lokasi anggota bomba mendapati berlaku kebakaran belukar dan merebak ke bengkel berkenaan, namun tiada mangsa terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaidi api berjaya dikawal pada 4.37 petang dan punca kejadian sedang disiasat. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved