Sembilan Lot Kilang Terbakar Di Bercham, Seorang Lelaki Melecur

1 Sep 2026 • 7:55 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Sembilan Lot Kilang Terbakar Di Bercham, Seorang Lelaki Melecur

IPOH, 31 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki melecur pada badan selepas terbabit dalam kebakaran melibatkan sembilan lot kilang di Persiaran Industri Bercham 10, Bercham di sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.36 petang sebelum mengerahkan tujuh jentera bersama 40 anggota ke lokasi berkenaan.

Beliau berkata kebakaran pada awalnya melibatkan sebuah kilang plastik kelas B berkeluasan 30 meter x 13 meter dengan kira-kira 50 peratus premis terbakar.

“Seorang lelaki berusia 42 tahun yang mengalami melecur satu peratus menerima rawatan awal daripada anggota Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan memaklumkan kebakaran itu turut melibatkan sembilan lot kilang berkeluasan 30 meter x 13 meter setiap satu yang dimiliki lima pemilik berbeza.

“Setakat ini, lot 10 dan 11 masing-masing terbakar kira-kira 20 peratus, lot 12, 13 dan 14 (70 peratus), lot 16 dan 18 (80 peratus), lot 15 (10 peratus) serta lot 17 (60 peratus),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kebakaran itu berjaya dikawal pada 6.25 petang dan pasukan bomba kini menjalankan kerja-kerja overhaul dan pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran bagi memastikan tiada lagi punca api.

Baca juga:

“Selain anggota JBPM terdapat bantuan daripada 59 anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terbabit dalam operasi pemadaman manakala anggota terlibat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Tambun, Simpang Pulai, Meru Raya dan Pasir Puteh serta PBS Menglembu, Pekan Baru, Pusing, Kampar, Teluk Intan, Pasir Pinji dan Chemor,” katanya.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved