“Semoga tahun ini saya hamil” -Sweet Qismina teringin timang cahaya mata

Family & ParentingLifestyle
19 May 2026 • 5:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Sweet Qismina berdoa agar dikurniakan cahaya mata tahun ini selepas empat tahun berumah tangga dengan aktor, Adam Lee.

Semoga diberi rezeki tahun ini

Perkara tersebut dinyatakan Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi menerusi hantaran di Thread apabila berharap agar doa dia dan mereka yang sedang menanti zuriat dimakbulkan.

“Ya Allah, semoga tahun ini saya dan kawan-kawan TTC hamil,” tulisnya ringkas.

Image from: “Semoga tahun ini saya hamil” -Sweet Qismina teringin timang cahaya mata

Semoga terus kuat sis!

Perkongsian berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mendoakan supaya impian dan keinginan pelakon terbabit tercapai dengan izin yang Maha Kuasa.

Mereka turut mendoakan para wanita yang turut sedang berjuang mendapatkan zuriat juga diberi rezeki yang sama selepas penantian yang panjang untuk mendapatkan keturunan.

Image from: “Semoga tahun ini saya hamil” -Sweet Qismina teringin timang cahaya mata

 

Semoga doa Sweet & yang sedang TTC dimakbulkan

Image from: “Semoga tahun ini saya hamil” -Sweet Qismina teringin timang cahaya mata

Ramai ibu-ibu hamil mendoakan

Image from: “Semoga tahun ini saya hamil” -Sweet Qismina teringin timang cahaya mata

Sekadar info, Sweet Qismina telah sah bergelar isteri kepada Adam Lee atau Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee pada 22 Oktober 2022.

Sumber: Thread sweetqismina