“Semoga tetap istiqomah” – Pusat Tahfiz Kongsi Detik Hijrah Sam Lim

LocalFamily & Parenting
15 Apr 2026 • 6:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

image is not available

Berita pernikahan pempengaruh Sam Lim bersama Parisa Ardina pada minggu lalu telah menyorot perhatian ramai apabila turut disertai khabar gembira mengenai penghijrahannya memeluk agama Islam.

Baru-baru ini, bukti penghijrahan Sam Lim telah dikongsikan oleh Pusat Tahfiz Darul Hidayah yang memuat naik detik penghijrahan pempengaruh itu.

Dalam video itu, Sam Lim yang berjubah hitam mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan seorang ustaz sambil disaksikan oleh puluhan pelajar tahfiz di situ.

Moment terindah lafaz syahadah Sam Lim di Tahfiz Darul Hidayah. Semoga tetap istiqomah dalam amal soleh dan berpegang teguh pada ajaran Islam,” tulisnya.

@tahfizdarulhidayah

Alhamdulillah ‘ala kulli hal.. moment terindah lafaz shahadah brother Sam Lim Di tahfiz hidayah Moga tetap istiqomah dlm Amal soleh dan berpegang tegur pada ajaran Islam . #samlim #shahadah

Perkongsian video tersebut mendapat reaksi positif daripada warganet, rata-ratanya menitipkan kata-kata syukur dan berdoa agar pempengaruh itu kekal istiqomah dalam mendalami Islam.

Warganet turut memuji tindakan pempengaruh itu yang memeluk Islam secara diam-diam dan hanya menghebahkannya selepas melangsungkan pernikahan.

image is not available image is not available image is not available

Difahamkan, Sam Lim atau nama Islamnya Muhammad Zavian Lim Bin Abdullah memeluk Islam pada 13 Mac iaitu pada hari Jumaat terakhir Ramadan.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved