Sempat mengucap, istighfar sebelum rempuh gajah

LocalCars
15 Sep 2026 • 12:07 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sempat mengucap, istighfar sebelum rempuh gajah

KEMAMAN – Pasangan suami isteri bersyukur masih panjang nyawa biarpun kenderaan utiliti sukan (SUV), Perodua Ativa dinaiki mereka remuk teruk akibat merempuh seekor gajah liar yang tiba-tiba melintas jalan di Kilometer 160, Jalan Jerangau Jabor berhampiran Kampung Sungai Pergam, di sini, malam tadi.

Menceritakan detik cemas tersebut, Amirul Afiq yang menetap di Seri Kembangan, Selangor berkata, sewaktu kejadian, dia dan isteri dalam perjalanan ke kampung halaman di Pasir Puteh, Kelantan selepas bercuti di Kuantan, Pahang.

“Ikut perancangan kami mahu memasuki susur masuk Plaza Tol Cheneh untuk melalui Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) pulang ke kampung (Pasir Puteh).

“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang laluannya agak gelap tiba-tiba kami nampak seekor gajah di tengah-tengah pada jarak cuma 10 meter dari kenderaan dinaiki,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Amirul Afiq berkata, dia dan isteri hanya sempat beristighfar dan mengucap dua kalimah syahadah sebelum kenderaan, Perodua Ativa mereka merempuh haiwan liar terbabit.

Katanya, tambah cemas, beberapa saat kemudian, belakang kenderaan pula dirempuh kereta Perodua Myvi yang juga gagal mengelak.

“Kejadian terjadi begitu pantas. Syukur saya dan isteri masih bernyawa biarpun kenderaan kami boleh dikatakan ‘total lost’ (remuk teruk).

“Kedua-dua pintu kenderaan bahagian hadapan tidak boleh dibuka memaksa kami keluar menyelamatkan diri menggunakan pintu tempat duduk penumpang belakang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Sempat mengucap, istighfar sebelum rempuh gajah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved