Gajah dirempuh Perodua Ativa dipantau Perhilitan

LocalEnvironment
15 Sep 2026 • 4:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Gajah dirempuh Perodua Ativa dipantau Perhilitan

KEMAMAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu sedang memantau seekor gajah liar yang dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Perodua Ativa di Kilometer 160 Jalan Jerangau Jabor, berhampiran Kampung Sungai Pergam, di sini, malam tadi.

Pengarah Perhilitan Terengganu, Dennis Ten Choon Yung berkata, seramai lima anggota Perhilitan Daerah Kemaman bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9 malam.

“Hasil siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati terdapat kesan lumpur dan kesan makanan gajah berkenaan berhampiran lokasi kenderaan Perodua Ativa itu terlibat kemalangan.

“Bagaimanapun, hidupan liar tersebut tidak dijumpai dipercayai telah memasuki kawasan ladang kelapa sawit berhampiran,” katanya di sini hari ini.

Choon Yung berkata, gajah tersebut berkemungkinan keluar dari Hutan Simpan Bukit Bandi, Cherul berhampiran.

Menurutnya, pihaknya kini sedang membuat pemantauan bagi memastikan keadaan gajah tersebut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.51 malam, tiga individu termasuk sepasang suami isteri cedera selepas gajah liar berkenaan tiba-tiba melintas jalan di jalan di Kilometer 160, Jalan Jerangau Jabor berhampiran Kampung Sungai Pergam, di sini. – KOSMO! ONLINE

The post Gajah dirempuh Perodua Ativa dipantau Perhilitan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved