
Di sebalik kemusnahan dan pelbagai cabaran yang dilalui, sekumpulan rakyat Palestin di Gaza tidak melupakan Malaysia apabila turut menzahirkan penghargaan sempena sambutan Hari Malaysia.
Menerusi perkongsian Cinta Gaza Malaysia, penduduk di wilayah itu dilihat mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Palestin sebagai simbol hubungan erat dan solidariti antara kedua-dua negara.
“Di sebalik segala cabaran yang dilalui, rakyat Gaza turut sama meraikan Hari Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Palestin.
“Sebuah tanda bahawa kasih dan solidariti antara Malaysia dan Palestin terus merentasi sempadan,” menurut perkongsian itu.
Di sebalik segala cabaran yang dilalui, rakyat Gaza turut sama meraikan Hari Malaysia dengan mengibarkan Jalur Gemilang bersama bendera Palestin.
Sebuah tanda bahawa kasih dan solidariti antara Malaysia dan Palestin terus merentasi sempadan. pic.twitter.com/XZAkE4KE6U
Baca juga:
Ikan disyaki piranha ditemukan di Empangan Klau, ciri genus Pygocentrus dikenal pasti
‘Tuanku Muhriz kekal Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan’ – DKU
Remaja 14 tahun pandu kereta, langgar dua kenderaan di Perai
Momen berkenaan cukup menyentuh apabila dua kanak-kanak dilihat mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Palestin sambil bermain kasut roda, manakala seorang lelaki dewasa bersama beberapa kanak-kanak lain turut memeriahkan suasana di tengah-tengah kawasan yang memperlihatkan kesan kemusnahan.
Paparan itu sekali gus menggambarkan keakraban dan solidariti yang terus terjalin antara rakyat Malaysia dan Palestin meskipun penduduk Gaza berdepan pelbagai cabaran.
The post Sempena Hari Malaysia, Jalur Gemilang berkibar di Gaza tanda kasih buat Malaysia appeared first on The Reporter.






