Sempoi Naik Parasailing Di Sabah, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Nenek Dengan ‘Best Friend’

16 Aug 2023 • 7:43 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Healing siap bawak member!

Sempoi Naik Parasailing Di Sabah, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Nenek Dengan ‘Best Friend’. Sememangnya Sabah merupakan ‘syurga’ percutian buat kaki travel.

Sebut sahaja anda mahu bercuti ke pantai ataupun pulau, anda pasti akan dihidangkan dengan ‘view’ nya yang memukau!

image is not available
Sempoi Naik Parasailing Di Sabah, Netizen Terhibur Lihat Gelagat Nenek Dengan ‘Best Friend’. Kredit: Tiktok

Baru-baru ini tular sebuah video di Tiktok mengenai seorang nenek dikatakan becuti dengan rakannya sehingga menarik perhatian warga net.

Difahamkan, mereka sedang bercuti ke sebuah pulau di Sabah.

Menariknya, dua rakan baik itu dilihat santai menaiki ‘parasailing’ sehingga mencuit hati netizen.

image is not available

Ini antara komen dari netizen.

“Hebat la nenek, kalau saya dah 10 kali pitam sedar pitam sedar”

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 197.5K tontonan, 6K tanda suka dan lebih 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

image is not available

image is not available

Baca lagi artikel menarik: