
NEW DELHI – Pihak berkuasa negeri Tamil Nadu di India hari ini memberikan cincin emas percuma kepada bayi yang lahir di hospital kerajaan dalam inisiatif untuk meningkatkan keyakinan rakyat kepada sistem penjagaan kesihatan awam.
Di bawah skim dilancarkan oleh Ketua Menteri yang juga bekas pelakon, Vijay, semua bayi baru dilahirkan di kemudahan kesihatan awam Tamil Nadu layak menerima cincin emas seberat satu gram, bernilai kira-kira AS$143 (RM584).
Emas mempunyai kepentingan budaya yang amat besar di India dan sering menjadi tumpuan dalam perkahwinan serta upacara keagamaan.Emas juga dilihat sebagai aset turun-temurun yang selamat.
“Cincin emas ini akan memberikan anak sesuatu yang berharga untuk disimpan bagi tahun-tahun yang mendatang,” kata seorang ibu di sebuah hospital kerajaan di daerah Madurai dalam negeri Tamil Nadu
Dia antara puluhan ibu yang memangku bayi baru lahir masing-masing ketika beratur untuk menerima hadiah tersebut.
“Skim ini terasa sangat peribadi,” kata seorang lagi ibu yang bersyukur, Stella Mary kepada AFP.
Beberapa pegawai berkata, inisiatif itu bertujuan untuk memberi penekanan kepada penjagaan ibu dan bayi baru lahir, di samping mengukuhkan kepercayaan kepada institusi kesihatan awam di Tamil Nadu yang mempunyai lebih 72 juta penduduk. – AFP
The post Semua bayi lahir di hospital kerajaan dapat hadiah emas appeared first on Kosmo Online.





![[VIDEO] Saya hanya mahu menjadi ibu kepada semua orang – Tun Siti Hasmah](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-28-at-15.40.30-1024x749.jpeg)
