Didakwa Ambil Kesempatan Acara Solidariti #JusticeForZara, Rafidah Ibrahim Komen - “Yang Tak Datang Tu Jangan Cuba Fitnah, Awas Ya!”

17 Aug 2025 • 11:56 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Rafidah Ibrahim tampil memberikan respon berkenaan dakwaan mengatakan dirinya mengambil kesempatan terhadap perhimpunan solidariti #JusticeForZara yang berlangsung baru-baru ini.
 

Berjalan tanpa sebarang masalah

 


Menerusi satu hantaran di Instagram Stories miliknya, Rafidah menegaskan program tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah.


 


Malah kata Rafidah, mereka yang hadir ke acara tersebut meminta solidariti itu diteruskan walaupun ia sudah sampai ke penghujungnya. 


 

“Alhamdulillah solidariti #justiceforzara malam hari tu berjalan lancar. Sampaikan semua di situ minta untuk diteruskan lagi walaupun sudah sampai penghujung,” maklumnya.

 

Jangan cuba fitnah

image is not available


Dalam pada itu, menerusi hantaran yang sama, Rafidah mengingatkan supaya orang ramai tidak terus menyebarkan fitnah mengenai acara berkenaan.


 

“Yang tak datang tu jangan cuba fitnah. Awas ya!” tegasnya.

 


Terdahulu, Rafidah berdepan kecaman netizen selepas didakwa menyelitkan unsur politik ketika menyampaikan ucapan dalam solidariti yang sama.