Semua parti nak menang, tapi jangan berkempen sampai langgar undang-undang – Anthony Loke

LocalPolitics
19 Jul 2026 • 12:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Semua parti politik yang bertanding serta pihak yang terlibat dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan diingatkan supaya tidak melakukan sebarang pelanggaran undang-undang jalan raya sepanjang tempoh berkempen.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan, semua pihak perlu mengutamakan keselamatan ketika menjalankan aktiviti kempen, termasuk tidak menyertai konvoi motosikal tanpa memakai topi keledar.

“Semua parti hendak menang, cuma jangan berkampen sehingga kita melanggar peraturan jalan raya.
“Perkara yang paling mudah adalah memakai topi keledar, saya sendiri juga memesan kepada petugas-petugas saya masa penamaan calon, kalau tidak ada topi keledar jangan sertai konvoi,” ujarnya.
Image from: Semua parti nak menang, tapi jangan berkempen sampai langgar undang-undang – Anthony Loke

Kredit Foto: UTUSAN/ISKANDAR ISHAK

Beliau berucap demikian kepada pemberita selepas mengiringi calon-calon Pakatan Harapan (PH) bertemu pengunjung dan peniaga di Pasar Besar Seremban, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Anthony turut mengingatkan calon dan petugas kempen supaya tidak mengabaikan aspek keselamatan ketika menggunakan kenderaan pacuan empat roda (4×4), khususnya dengan membenarkan penumpang berdiri di bahagian belakang ketika kenderaan sedang bergerak.

Image from: Semua parti nak menang, tapi jangan berkempen sampai langgar undang-undang – Anthony Loke

Artikel lain: Albert Tei tak jadi lawan! Tarik diri, bantu BN gulingkan Anthony Loke di DUN Chennah!

Menurutnya, beliau sendiri pernah menggunakan kenderaan sedemikian, namun mengakui amalan itu tidak wajar diteruskan selepas diberi penjelasan oleh pegawainya mengenai risiko keselamatan.

“Sepatutnya tidak juga digalakkan untuk berdiri dekat 4×4, saya sudah menegur dan beri peringatan kepada calon-calon.
“Saya juga pernah mengambil 4×4 ini dan tetapi selepas mendapat kesedaran daripada pegawai-pegawai saya inilah sesuatu yang tidak digalakkan apabila 4×4 itu bergerak jangan ada penumpang berdiri dekat belakang,” tambahnya.

Image from: Semua parti nak menang, tapi jangan berkempen sampai langgar undang-undang – Anthony Loke

Beliau berharap semua parti politik dan penyokong yang terlibat dalam kempen PRN dapat menunjukkan teladan yang baik dengan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya serta mengutamakan keselamatan sepanjang tempoh berkempen.

Sumber: Utusan Online (Badrul Hafizan Mat Isa)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved