Semua Sekolah Di Kawasan Catat IPU Lebih 180 Ditutup Mulai Esok, 9 Oktober

LocalEnvironment
8 Oct 2026 • 8:05 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Semua Sekolah Di Kawasan Catat IPU Lebih 180 Ditutup Mulai Esok, 9 Oktober

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua institusi pendidikan di kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 ditutup bermula esok (9 Oktober).

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, arahan itu dikeluarkan bagi melindungi murid dan warga pendidik daripada terdedah kepada keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook sebentar tadi, KPM menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda di negara ini.

Sehubungan itu, semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 180 berdasarkan catatan Jabatan Alam Sekitar hendaklah ditutup bermula Jumaat (9 Okt).

Bagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut pula hendaklah ditutup bermula 12 Oktober.

Sekolah & Institusi Pendidikan Terjejas Perlu Laksanakan Seni PdPR

Sehubungan itu, sekolah dan institusi pendidikan yang terjejas dikehendaki melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).

Tambah Mohd Azam, dalam tempoh pelaksanaan itu, pihak sekolah hendaklah memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran murid melalui kaedah yang bersesuaian dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.

“Berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan, guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) juga turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan.”

Terdahulu Sultan Ibrahim menzahirkan keprihatinan terhadap keselamatan dan kesihatan murid serta pelajar sekolah susulan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini.

Berikutan tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang secara berpanjangan mencatatkan bacaan di antara 150-180, Baginda bertitah menasihatkan supaya sekolah di kawasan-kawasan yang terjejas ditutup.

“Langkah sewajarnya perlu diambil oleh kementerian dan agensi yang berkenaan bagi melindungi murid dan pelajar, termasuk warga emas serta pesakit respiratori.

“Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi menjaga kesihatan serta mengamalkan pemakaian pelitup muka dan mengurangkan sebarang aktiviti luar susulan keadaan jerebu,” titah Seri Paduka Baginda kepada Royal Press Office (RPO).

View this post on Instagram

A post shared by King and Queen of Malaysia (@officialsultanibrahim)

Malah semalam (7 Oktober) Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail telah menitahkan agar semua sekolah di Negeri Johor ditutup ekoran keadaan jerebu serta kemerosotan kualiti udara yang sedang berlaku di seluruh daerah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali semua sekolah di negeri itu akan ditutup selama 2 hari bermula Khamis, 8 Oktober sehingga 9 Oktober.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved