
jerebuPETALING JAYA: Semua sekolah di Kuala Lumpur ditutup esok susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di dua stesen iaitu Cheras dan Batu Muda mencatatkan bacaan tinggi, hari ini.
Jabatan Pendidikan Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, sekolah terjejas perlu melaksanakan Pengajaran dan
Pembelajaran dari Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid, dengan mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru.
Katanya, berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan, guru-guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh pelaksanaan penutupan.
“Jabatan Pendidikan WP Kuala Lumpur (JPWPKL) menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda di negara ini.
“Selaras dengan Kenyataan Media Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini, semua institusi pendidikan bawah KPM di Kuala Lumpur ditutup mulai Jumaat, 9 Oktober (esok).
“Ketetapan ini dibuat berdasarkan catatan bacaan IPU di dua stesen pemantauan di WP Kuala Lumpur, iaitu Cheras dan Batu Muda, setakat jam 2 petang, hari ini,” katanya hari ini. – UTUSAN
The post Semua sekolah di KL ditutup esok appeared first on Utusan Malaysia.






