Semua sekolah di Sarawak dibuka semula esok

23 Aug 2026 • 2:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Semua sekolah di Sarawak dibuka semula esok

PETALING JAYA: Semua sekolah di 10 daerah di Sarawak yang ditutup akibat jerebu akan beroperasi seperti biasa bermula esok.

Pembukaan semula itu melibatkan 591 sekolah dengan 509 daripadanya adalah sekolah rendah dengan 107, 590 murid manakala 82 sekolah menengah dengan 89,733 murid.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memutuskan perkara itu selepas mengambil kira bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada pukul 10 pagi, hari ini.

“Semua sekolah itu terletak di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di Kuching, Padawan, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Serian, Sri Aman, Lubok Antu dan Betong.

“Sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

“JPN Sarawak menegaskan aspek kebajikan, kesihatan dan keselamatan murid sentiasa menjadi keutamaan, khususnya ketika berdepan cuaca panas atau keadaan cuaca luar jangka, termasuk fenomena jerebu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPN Sarawak turut memaklumkan pihak sekolah hendaklah menghentikan semua aktiviti luar bilik darjah yang membabitkan murid, jika bacaan IPU melebihi 100, manakala sekolah di kawasan atau daerah terbabit perlu ditutup serta-merta sekiranya bacaan IPU melebihi 200.

“Sekiranya bacaan IPU melebihi 500, guru dan kakitangan sekolah tidak perlu hadir ke sekolah. Pembukaan semula sekolah pula bergantung kepada bacaan IPU di bawah 200, dengan trend penurunan bacaan boleh dijadikan persediaan untuk pembukaan semula,” katanya. – UTUSAN

 

The post Semua sekolah di Sarawak dibuka semula esok appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved