Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doakan jerebu Sarawak pulih

LocalEnvironment
22 Aug 2026 • 12:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doakan jerebu Sarawak pulih
Al-Sultan Abdullah menitahkan supaya solat hajat diadakan di semua masjid di seluruh negeri Pahang bagi memohon keadaan jerebu yang melanda Sarawak ketika ini segera bertambah baik.

KUANTAN - Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan supaya solat hajat diadakan di semua masjid di seluruh negeri Pahang bagi memohon keadaan jerebu yang melanda Sarawak ketika ini segera bertambah baik.

Baginda bertitah, doa dan ikhtiar perlu berjalan seiring dalam menghadapi keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan serta kesejahteraan rakyat.

“Saya mahu solat hajat diadakan di semua masjid di negeri Pahang bagi memohon kepada ALLAH agar keadaan jerebu di Sarawak segera bertambah baik dan rakyat sentiasa dilindungi serta dikurniakan kesihatan yang baik,” titah Al-Sultan Abdullah dalam satu hantaran di Facebook Kesultanan Pahang di sini pada Sabtu.

Titah berkenaan dizahirkan baginda ketika mengakhiri lawatan selama tiga hari ke Sarawak.

Al- Sultan Abdullah turut menasihatkan masyarakat di Sarawak supaya mematuhi segala arahan dan nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa negeri, khususnya berkaitan keselamatan dan kesihatan sepanjang keadaan jerebu berkenaan.

Baginda turut menzahirkan keprihatinan terhadap keadaan jerebu yang berlaku dan berharap semua pihak memberikan kerjasama dengan mengambil langkah berjaga-jaga, terutama golongan yang berisiko serta mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

"Saya berharap keadaan cuaca dan kualiti udara di Sarawak akan kembali pulih dalam masa terdekat, sekali gus membolehkan rakyat menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa dan selamat," titah baginda.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved