Jom kita recap balik semua pengumuman, bantuan & insentif oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk minggu ini, setakat 10 November 2026.
Minggu ini ada pelbagai pengumuman, bantuan dan insentif menarik untuk rakyat Malaysia. Antaranya termasuk permohonan BINGKAS 3.0 Selangor, bantuan tunai tambahan RM2,500 untuk mangsa banjir, Bantuan Am Persekolahan MAINS 2027 serta kemasukan percuma ke Zoo Negara untuk kanak-kanak.
Turut dikongsikan beberapa perkembangan penting seperti hab baharu ETS, jadual Ujian Amali Sains SPM 2026, kedudukan universiti Malaysia dalam ranking Asia Tenggara, Festival Idea Putrajaya 2026 dan pengenalan pas MyKomuter50.
Berikut ialah senarai lengkap pengumuman, bantuan, peluang dan info terkini minggu ini supaya anda tidak terlepas sebarang perkembangan penting!

1. Permohonan BINGKAS 3.0 Selangor
Berita baik untuk keluarga di Selangor! Permohonan BINGKAS 3.0 kategori Tanggungan Kanak-Kanak dibuka mulai 10 November 2026, jam 10 pagi.
Keluarga yang mempunyai sekurang-kurangnya dua orang anak bawah 18 tahun dan pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah boleh memohon jika memenuhi syarat.
Bantuan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas menggunakan MyKad melalui aplikasi SELANGKAH.
Untuk maklumat lanjut dan permohonan, layari: https://bingkasselangor.com/



Baca juga: Bingkas 3.0 – Cara Mohon, Syarat, Dokumen Diperlukan, Senarai Barang & Kedai Panel
2. Hab Baru ETS: Kuala Lumpur & Subang Jaya
Mulai 1 Januari 2027, Stesen Kuala Lumpur dan Subang Jaya akan menjadi hab baharu perkhidmatan ETS.
Penumpang dinasihatkan menyemak jadual perjalanan, nombor tren serta stesen mula dan akhir sebelum memulakan perjalanan.
Jadual baharu ETS: https://www.ktmb.com.my/TrainTime.html


3. Peperiksaan Ujian Amali Sains SPM 2026
Ujian Amali Sains SPM 2026 akan berlangsung mengikut jadual berikut:
- 16 November: Fizik (Kertas 3)
- 17 November: Kimia (Kertas 3)
- 18 November: Biologi dan Sains Tambahan (Kertas 3)
Calon perlu hadir 10 minit lebih awal sebelum sesi masing-masing. Ujian dijalankan dalam empat sesi bagi Fizik, Kimia dan Biologi, manakala Sains Tambahan melibatkan tiga sesi.




Baca juga: Jadual SPM 2026 – Tarikh & Subjek (Lembaga Peperiksaan Malaysia)
4. Bantuan Tunai Tambahan Khas RM2,500 untuk Rakyat Selangor
Perdana Menteri mengumumkan bantuan tunai tambahan khas RM2,500 kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir yang layak di Selangor.
Bayaran dijangka bermula 10 November 2026 bagi membantu menggantikan barangan keperluan rumah yang rosak atau musnah akibat banjir.

Baca juga: Permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI) (Monsun Timur Laut)
5. Zoo Negara Percuma untuk Anak 3–12 Tahun
Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia, kanak-kanak berumur 3 hingga 12 tahun boleh masuk Zoo Negara secara percuma pada 21 dan 22 November 2026.
Jangan lupa bawa MyKid atau sijil lahir asal untuk pengesahan. Menariknya, mereka yang menyambut hari lahir pada bulan November turut boleh menikmati tiket percuma!



Baca juga: Masuk Zoo Negara Percuma 21 & 22 November 2026, Sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia!
6. Bantuan Am Persekolahan MAINS Sesi 2027
Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak bersekolah boleh memohon Bantuan Am Persekolahan MAINS bagi sesi 2027 mulai 10 November 2026 hingga 31 Januari 2027.
Permohonan dibuka kepada keluarga yang memenuhi syarat dan mempunyai tanggungan di peringkat prasekolah, sekolah rendah, menengah, madrasah atau pusat tahfiz.
Permohonan boleh dibuat secara online melalui portal e-Mohon Zakat MAINS: https://emohon.mains.gov.my/emohonzakat

7. Universiti Malaysia dalam Kelompok 10 Universiti Terbaik Asia Tenggara
Membanggakan! Sebanyak lapan universiti Malaysia berjaya tersenarai dalam kelompok 10 universiti terbaik Asia Tenggara berdasarkan QS Southeast Asia Rankings 2027.
Antaranya Universiti Malaya (UM) di tempat ketiga, diikuti UKM, UPM, UTM, USM, Taylor’s University, UCSI University dan Sunway University.

8. Festival Idea Putrajaya 2026
Jom terokai dunia teknologi, inovasi dan idea baharu di Festival Idea Putrajaya 2026 yang berlangsung pada 17 hingga 19 November 2026, dari jam 9 pagi hingga 6 petang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Antara aktiviti menarik termasuk Sidang Idea Malaysia, Mini Karnival Jom Masuk Universiti, IdeaTech Innovation Showcase dan perkhidmatan bergerak hospital pengajar universiti.

9. SKAS Fasa 3 Dikrekditkan Pada 10 November
Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) 2026 Fasa 3 akan mula dikreditkan pada 10 November 2026 kepada penerima yang layak.
Bantuan ini diberikan kepada anak Sarawak yang mempunyai kad pengenalan berstatus K, beralamat dan menetap di Sarawak serta tersenarai sebagai penerima STR Fasa terkini 2026. Ia melibatkan tiga kategori penerima iaitu isi rumah, bujang dan warga emas.
Penerima boleh membuat semakan kelayakan secara dalam talian menerusi Portal Kerajaan Negeri Sarawak.

Baca : SKAS Fasa 3 – Tarikh, Semakan & Kadar Bantuan
10. Pas MyKomuter50 Akan Diperkenalkan
Pengguna KTM Komuter, khususnya yang berulang-alik dari Kedah atau Perlis ke Butterworth, bakal menikmati pas MyKomuter50 dengan bayaran RM50 sahaja. Pas ini membolehkan perjalanan tanpa had selama 30 hari.
Dalam masa sama, Kementerian Pengangkutan turut mengusahakan penambahan tren baharu bagi meningkatkan kekerapan perjalanan dan mengurangkan masa menunggu, terutama ketika waktu puncak.

Baca juga: MyKomuter50 – Pas Perjalanan KTM (RM50 Sebulan)
Follow Untuk Update Terkini & Share Info Ni
Kalau anda rasa artikel ni berguna, share dengan keluarga, rakan atau jiran supaya mereka juga dapat manfaat daripada bantuan kerajaan minggu ini. Jom follow kami supaya tak terlepas bantuan & insentif yang menarik untuk semua.




