"Biarkan saya selesaikan tugas ini" - Amir Hamzah

LocalPolitics
23 Nov 2026 • 3:19 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

"Biarkan saya selesaikan tugas ini" - Amir Hamzah Image from: "Biarkan saya selesaikan tugas ini" - Amir Hamzah hamden23/11/2026 - 15:19 Datuk Seri Amir Hamzah Azizan - Gambar Arkib/BERNAMA Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Nov - Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata tumpuannya kini ialah untuk menyelesaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sebagai senator yang akan tamat 11 Disember 2026.

 

Beliau berkata, perkara berkaitan sama ada dia akan meneruskan khidmat selepas tarikh berkenaan bukan perkara yang menjadi keutamaannya ketika ini.

 

“Saya akan menamatkan tempoh perkhidmatan pada 11 Disember. Namun, buat masa ini, pendekatan saya adalah memberi tumpuan kepada mandat yang diberikan kepada saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program iTekad bersama Malayan Banking Bhd (Maybank), hari ini.

 

Ketika ditanya sama ada beliau mempertimbangkan untuk menyambung tempoh perkhidmatan, Amir Hamzah berkata perkara itu akan dilihat kemudian.

 

“Apa sahaja yang berlaku selepas itu, kita lihat nanti. Tumpuan saya adalah memastikan kerja diselesaikan terlebih dahulu. Biarkan saya menyiapkan tugas ini. Itu yang penting,” katanya.

 

Miliki pengalaman korporat 27 tahun

Amir Hamzah mempunyai pengalaman korporat lebih 27 tahun, dengan kerjaya awalnya bermula bersama kumpulan syarikat Shell sebelum menyertai MISC Bhd pada 2000.

 

Beliau kemudian memegang beberapa jawatan kepimpinan di organisasi utama, termasuk Petronas Dagangan Bhd, Petronas Lubricants International, Icon Offshore Bhd dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

 

Beliau dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB pada April 2019 sebelum mengambil alih jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Mac 2021.

 

Amir Hamzah kemudiannya beralih ke sektor perkhidmatan awam apabila dilantik sebagai Menteri Kewangan II susulan rombakan Kabinet pada 12 Disember 2023, selepas mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara pada tarikh sama.

 

Menurut rekod Parlimen, pelantikan beliau sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa dari 12 Disember 2023 hingga 11 Disember 2026. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved