Senat Amerika Syarikat Meluluskan RUU Mengharamkan TikTok

TechnologyDigital
24 Apr 2024 • 4:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Hujung minggu lalu Dewan Perwakilan Amerika Syarikat meluluskan RUU yang akan memaksa Bytedance untuk menjual perniagaan TikTok sekiranya ingin meneruskan operasi di negara mereka. Hari ini RUU yang sama melepasi pula Senat dengan ini hanya menanti tanda tangan daripada Presiden Biden untuk ia dikuatkuasakan.

image is not available

Presiden Biden telahpun berkata akan menandatangani RUU ini sekiranya ia melepasi Dewan Perwakilan dan Senat. Apabila ia berkuat kuasa kelak, Bytedance akan diberikan sehingga setahun untuk melalukan penjualan perniagaan.

Namun begitu Bytedance telahpun bertegas tidak mahu menjual TikTok dan sebaliknya akan menyaman kerajaan A.S bagi menentang RUU yang dilihat tidak adil. Alasan ia melanggar hak bersuara rakyat Amerika mengikut perlembagaan negara bakal digunakan. Taktik ini sudahpun berjaya dilakukan oleh Bytedance untuk membatalkan arahan pengharaman TikTok di Montana Disember tahun ini.