Seorang Lelaki Ditahan, Disyaki Miliki Dadah

19 Jul 2022 • 8:41 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pada 17 Julai kelmarin, pihak Polis Trafik Shah Alam telah menjalankan tugas sekatan jalan raya yang dikenali sebagai Op Pelbagai Kesalahan Lalu Lintas bertempat di Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26, Shah Alam.

Mereka telah menahan seorang penunggang motosikal yang kelihatan sangat mencurigakan. Semakan polis mendapati bahawa penunggang motosikal tersebut telah melakukan satu kesalahan trafik, iaitu menunggang di atas jalan raya tanpa memiliki lesen yang sah.

Bukan itu sahaja, pihak polis juga telah melakukan pemeriksaan lanjut terhadap lelaki tersebut dan mereka menjumpai satu paket lutsinar mengandungi serbuk berwarna merah jambu yang dipercayai dadah.

image is not available
Kredit: Friends of Trafik IPD Sahah Alam (Facebook)

Penunggang motosikal tersebut ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Berdasarkan akta tersebut, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 5 tahun atau penjara seumur hidup atau 10 sebatan rotan.